Maisarah berjalan menuju ke dewan kuliah bersama Hasha . Mereka berbual-bual sambil berjalan ke arah dewan kuliah .
Mereka segera mengambil tempat duduk memandangkan ramai yang belum datang . Jika terlewat , mereka terpaksa berkongsi kerusi dan meja .
Ini membuatkan mereka selalu datang awal . Maisarah segera mengambil buku notanya lalu mencontengnya kerana bosan .
Hari ini mereka terlebih awal . 'Aduh , mana lecturer ni ? Lambat lagi agaknya , mungkin lagi lima belas minit baru lecturer sampai' Maisarah mendengus perlahan .
Buku notanya terus diconteng tanpa belas kasihan . Hasha hanya menggeleng kepala melihat kelakuan Maisarah .
"Ana , kalau ye pun kau bosan , kesian la sikit dekat buku nota kau tu . Habis kau conteng dengan corak bunga mawar" Hasha kedengaran seperti memujuk .
Maisarah hanya tersenyum sambil melihat wajah Hasha yang putih bersih . Hasha kelihatan sedikit kaget .
"Kenapa muka kau lagi pucat dari tadi ?" Hasha bertanya sebaik sahaja Maisarah senyum kearahnya . Tanpa sempat Maisarah menjawab , pensyarah sudah masuk lalu memulakan kelas pagi itu .
Maisarah bersyukur kerana pensyarah sudah masuk jika tidak , entah apalah yang harus dijawabnya kepada Hasha .
Tamat sahaja kelas Maisarah dan Hasha terus berjalan ke arah bilik asrama mereka . "Kau pergi dululah . Aku ada perjumpaan dengan anak buah aku" Hasha berkata dan berlalu sebaik sahaja melihat Maisarah mengangguk kepalanya .
Maisarah singgah ke koperasi terlebih dahulu sebelum ke biliknya . Dia membeli kertas putih bersaiz A4 beberapa keping dan air kotak Dutch Lady perisa chocolate .
Sesampainya di bilik , Maisarah membuka tudungnya lalu berbaring diatas katil . Selepas melepaskan penat selama sepuluh minit , Maisarah segera menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah sebentar tadi .
Hasha memberi salam sambil mengetuk pintu . Maisarah menjawab salam lalu membuka pintu untuk Hasha .
Hasha juga menyiapkan tugasan itu secepat mungkin kerana perutnya sudah terasa lapar , padahal baru pukul 10 pagi .
Maisarah menemani Hasha ke kantin lalu membeli mi goreng untuk dibawa balik ke asrama . Maisarah tertidur kekenyangan lalu bangun semula selepas Hasha mengejutnya untuk solat Zuhur .
ANISAH AZAHAR
Monday, November 7, 2011
Thursday, November 3, 2011
Bab 1
"Macam mana doktor ?" Maisarah bertanya kepada doktor yang sedang membaca laporan kesihatannya .
"Cik Sarah perlu dibedah segera kerana peluang untuk sembuh masih ada walaupun tipis jika dibandingkan apabila cik Sarah dibedah hujung tahun hadapan" Doktor tersebut berkata dengan raut wajah yang tenang .
"Dah tak boleh postpone lagi ke ?" Maisarah bertanya dengan raut wajah yang agak muram .
"Sudah dua kali cik Sarah menangguhkan pembedahan membuang kanser tersebut . Saya cuma risau sekiranya cik Sarah tidak sempat dibedah" Muka doktor tersebut berubah 360 darjah ; menjadi sangat serius .
"Bila saya harus membuat pembedahan ?" Maisarah bertanya sekali lagi .
"Selewat-lewatnya lagi lima bulan" Doktor tersebut memandang Maisarah membuatkan Maisarah tidak selesa .
"Berapa peratus untuk anak saya selamat dalam pembedahan tersebut ?" Encik Hazim selaku bapa kepada bapa Maisarah pula bertanya .
"Hanya lima peratus" Doktor tersebut memandang wajah Encik Hazim . Encik Hazim memandang Maisarah dan Puan Harlina .
"Saya setuju" Maisarah segera memberi kata putus .
"Jika begitu , sila isi borang ini" Kata doktor tersebut . Doktor itu mengambil sekeping kertas putih bersaiz A4 lalu memberikannya kepada Maisarah .
Maisarah segera mengambil kertas itu lalu menbacanya dengan teliti . Borang Keizinan Menjalani Pembedahan .
"Tandatangan sebelum membuat pembedahan" Doktor tersebut berkata sebaik Maisarah mengisi borang tersebut .
Encik Hazim dan Puan Harlina hanya memandang Maisarah mengisi borang tersebut . Tangan Maisarah menggeletar ketika mengisi borang tersebut .
Selesai mengisi borang , Puan Harlina dan Encik Hazim menghantar Maisarah ke Kolej Universiti Insaniah .
Hasha sedang menunggu ketika Maisarah memasuki bilik asrama mereka .
"Kau pergi mana tadi ?" Hasha bertanya sambil tersenyum . Maisarah hanya tersenyum tawar . "Pucatnya muka kau ! Kau sakit ek ?" Hasha bertanya dengan nada kerisauan .
"Tak ada apa-apalah . Aku okey aje" Maisarah cuba mendalih . Dia segera duduk di atas katil lalu mengeluh .
Hasha meneruskan bacaanya yang terhenti sebentar tadi . Maisarah tertidur setelah penat memikirkan masalah yang dihadapinya sekarang .
Entah apa yang perlu dilakukan sekarang . Hendak beritahu atau tidak kepada rakan-rakannya . Dia buntu memikirkan jalan penyelesaiannya .
Akhirnya dia tertidur dengan persoalan yang berputar-putar di minda .

Wednesday, November 2, 2011
ARIANNA MAISARAH -anisahazahar-
Arianna Maisarah ; seorang penghidap penyakit barah otak . Usianya masih muda dan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Insaniah di Alor Setar . Tanpa pengetahuan rakan-rakannya , dia selalu menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah yang terletak berdekatan Kolej Universiti Insaniah . Dengan keadaanya yang sakit , dia mencuba untuk meneruskan kehidupan seperti biasa . Namun dia tidak mampu . Dalam diam , dia menaruh hati kepada Fariz , jejaka yang kacak dan menafikan cintanya kepada Arianna Maisarah . Rakan-rakannya cemburu apabila Arianna Maisarah mulai rapat dengan Fariz . Sebenarnya Fariz adalah abang sepupunya yang pernah menetap di Jordan suatu masa dahulu . Keadaan bertambah rumit apabila Arianna Maisarah menerima ugutan daripada rakan-rakan baiknya sendiri . Apkah yang akan terjadi seterusnya ? Adakah mereka akan menyesal apabila Arianna Maisarah sudah tiada ? Selami perasaan Arianna Maisarah yang mengharungi suka duka dan liku-liku kehidupan dalam novel ini .
Subscribe to:
Posts (Atom)