Thursday, November 3, 2011

Bab 1

   "Macam mana doktor ?" Maisarah bertanya kepada doktor yang sedang membaca laporan kesihatannya .
   "Cik Sarah perlu dibedah segera kerana peluang untuk sembuh masih ada walaupun tipis jika dibandingkan apabila cik Sarah dibedah hujung tahun hadapan" Doktor tersebut berkata dengan raut wajah yang tenang .
    "Dah tak boleh postpone lagi ke ?" Maisarah bertanya dengan raut wajah yang agak muram .
    "Sudah dua kali cik Sarah menangguhkan pembedahan membuang kanser tersebut . Saya cuma risau sekiranya cik Sarah tidak sempat dibedah" Muka doktor tersebut berubah 360 darjah ; menjadi sangat serius .
    "Bila saya harus membuat pembedahan ?" Maisarah bertanya sekali lagi .
     "Selewat-lewatnya lagi lima bulan" Doktor tersebut memandang Maisarah membuatkan Maisarah tidak selesa .
     "Berapa peratus untuk anak saya selamat dalam pembedahan tersebut ?" Encik Hazim selaku bapa kepada bapa Maisarah pula bertanya .
     "Hanya lima peratus" Doktor tersebut memandang wajah Encik Hazim . Encik Hazim memandang Maisarah dan Puan Harlina . 
     "Saya setuju" Maisarah segera memberi kata putus .
     "Jika begitu , sila isi borang ini" Kata doktor tersebut . Doktor itu mengambil sekeping kertas putih bersaiz A4 lalu memberikannya kepada Maisarah .
     Maisarah segera mengambil kertas itu lalu menbacanya dengan teliti . Borang Keizinan Menjalani Pembedahan .
     "Tandatangan sebelum membuat pembedahan" Doktor tersebut berkata sebaik Maisarah mengisi borang tersebut .
     Encik Hazim dan Puan Harlina hanya memandang Maisarah mengisi borang tersebut . Tangan Maisarah menggeletar ketika mengisi borang tersebut .
    Selesai mengisi borang , Puan Harlina dan Encik Hazim menghantar Maisarah ke Kolej Universiti Insaniah .
 Hasha sedang menunggu ketika Maisarah memasuki bilik asrama mereka .
    "Kau pergi mana tadi ?" Hasha bertanya sambil tersenyum . Maisarah hanya tersenyum tawar . "Pucatnya muka kau ! Kau sakit ek ?" Hasha bertanya dengan nada kerisauan .
    "Tak ada apa-apalah . Aku okey aje" Maisarah cuba mendalih . Dia segera duduk di atas katil lalu mengeluh .
    Hasha meneruskan bacaanya yang terhenti sebentar tadi . Maisarah tertidur setelah penat memikirkan masalah yang dihadapinya sekarang .
     Entah apa yang perlu dilakukan sekarang . Hendak beritahu atau tidak kepada rakan-rakannya . Dia buntu memikirkan jalan penyelesaiannya .
     Akhirnya dia tertidur dengan persoalan yang berputar-putar di minda .









 

No comments:

Post a Comment