Monday, November 7, 2011

Bab 2

   Maisarah berjalan menuju ke dewan kuliah bersama Hasha . Mereka berbual-bual sambil berjalan ke arah dewan kuliah .
   Mereka segera mengambil tempat duduk memandangkan ramai yang belum datang . Jika terlewat , mereka terpaksa berkongsi kerusi dan meja .
  Ini membuatkan mereka selalu datang awal . Maisarah segera mengambil buku notanya lalu mencontengnya kerana bosan .
   Hari ini mereka terlebih awal . 'Aduh , mana lecturer ni ? Lambat lagi agaknya , mungkin lagi lima belas minit baru lecturer sampai' Maisarah mendengus perlahan .
   Buku notanya terus diconteng tanpa belas kasihan . Hasha hanya menggeleng kepala melihat kelakuan Maisarah .
   "Ana , kalau ye pun kau bosan , kesian la sikit dekat buku nota kau tu . Habis kau conteng dengan corak bunga mawar" Hasha kedengaran seperti memujuk .
   Maisarah hanya tersenyum sambil melihat wajah Hasha yang putih bersih . Hasha kelihatan sedikit kaget .  
   "Kenapa muka kau lagi pucat dari tadi ?" Hasha bertanya sebaik sahaja Maisarah senyum kearahnya . Tanpa sempat Maisarah menjawab , pensyarah  sudah masuk lalu memulakan kelas pagi itu .
   Maisarah bersyukur kerana pensyarah sudah masuk jika tidak , entah apalah yang harus dijawabnya kepada Hasha . 
    Tamat sahaja kelas Maisarah dan Hasha terus berjalan ke arah bilik asrama mereka . "Kau pergi dululah .   Aku ada perjumpaan dengan anak buah aku" Hasha berkata dan berlalu sebaik sahaja melihat Maisarah mengangguk kepalanya .
    Maisarah singgah ke koperasi terlebih dahulu sebelum ke biliknya . Dia membeli kertas putih bersaiz A4 beberapa keping dan air kotak Dutch Lady perisa chocolate .
    Sesampainya di bilik , Maisarah membuka tudungnya lalu berbaring diatas katil . Selepas melepaskan penat selama sepuluh minit , Maisarah segera menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah sebentar tadi .
     Hasha memberi salam sambil mengetuk pintu . Maisarah menjawab salam lalu membuka pintu untuk Hasha .
    Hasha juga menyiapkan tugasan itu secepat mungkin kerana perutnya sudah terasa lapar , padahal baru pukul 10 pagi .
    Maisarah menemani Hasha ke kantin lalu membeli mi goreng untuk dibawa balik ke asrama . Maisarah tertidur kekenyangan lalu bangun semula selepas Hasha mengejutnya untuk solat Zuhur .

1 comment: